About

2:05 PTG The Guide Genius 0 Comments




Hello, 

Asalnya orang Sarawak dari Miri. Sekarang dah duduk kat Kolumpo 10 tahun. Sebab selalu bercampur dengan orang Melayu sini (housemate rumah pon memang ngan dorang), jadi boleh lah latih bahasa Melayu ni selalu. Masa duduk kat Sarawak dulu selalunya bercakap omputih ataupun, bahasa sarawak. 

Saya sebenarnya dah mula blogging ni sejak tahun 2005 lagi. Tapi dari dulu memang tulis dalam bahasa inggeris. Ada lah jugak cuba untuk buat blog khas guna bahasa melayu, tapi kekok. Kali ni memang seyes nak cuba balik and lahirlah idea untuk buat the Kampung Malaysian ni. 

Saya seorang penulis, dah empat buku dah saya tulis. Semuanya dalam bahasa inggeris. Ada penah dapat tawaran dari Fixi untuk tulis buku dalam bahasa melayu, tapi masih rasa kekok. Sebelum cuba untuk tulis buku dalam melayu, praktis la dulu kan? 

Kalau korang nak baca artikel-artikel dan buku yang telah saya tulis sebelum ni dalam versi Inggeris, sila layari website ni. 

Masa nak buat blog ni, pikir lah jugak- nak guna "saya" ke "aku". Akhirnya buat keputusan, ikut keadaan. Ikut isi post yang ditulis. 

Kalau korang nak dengar suara saya, tengok video ni. Saya hostkan. . 



Apa-apa pun, 

Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi tips blogging dan menulis di samping sembang-sembang isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia. 

Harap korang suka content yang disediakan. Korang pun boleh muat turun secara percuma buku saya di Better Days. 

KLIK GAMBAR untuk download


Enjoy!

The Kampung Boy



0 ulasan: